Rabu, 14 April 2010

Nasehat Rasulku

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. :

Dia berkata: Aku ingin menjadi orang yang alim.
Baginda s.a.w. menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata: Aku ingin menjadi orang paling kaya
Baginda s.a.w. menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri sendiri maka engkau akan jadi orang paling kaya.

Dia berkata: Aku ingin menjadi orang yang adil.
Baginda s.a.w. menjawab : Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.

Dia berkata: Aku ingin menjadi orang yang paling baik.
Baginda s.a.w. menjawab : Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

Dia berkata: Aku ingin menjadi orang yang istimewa di sisi Allah.
Baginda s.a.w. menjawab : Banyakkan dzikrullah niscaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.

Dia berkata: Aku ingin disempurnakan imanku.
Baginda s.a.w. menjawab : Baikkanlah akhlakmu niscaya imanmu akan sempurna.

Dia berkata: Aku ingin termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Baginda s.a.w. menjawab : Tunaikan segala kewajiban yang difardhukan maka
engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Dia berkata: Aku ingin berjumpa Allah dalan keadaan bersih dari dosa.
Baginda s.a.w. menjawab : Bersihkan dirimu dari dosa niscaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci dari dosa.

Dia berkata: Aku ingin dihapuskan segala dosaku.
Baginda s.a.w. menjawab : Banyaklah beristighfar niscaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu.

Dia berkata: Aku ingin menjadi semulia-mulia manusia.
Baginda s.a.w. menjawab : Jangan berprasangka pada orang lain niscaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.

Dia berkata: Aku ingin menjadi semulia-mulia manusia.
Baginda s.a.w. menjawab : Jangan berprasangka pada orang lain niscaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.

Dia berkata: Aku ingin menjadi segagah-gagah manusia.
Baginda s.a.w. menjawab : Senantiasa berserah diri (tawakkal) kepada Allah
niscaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.

Dia berkata: Aku ingin dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda s.a.w. menjawab : Senantiasa berada dalam keadaan bersih (dari
hadast) niscaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.

Dia berkata: Aku ingin termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh
Allah dan rasulNya.
Baginda s.a.w. menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan
rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka.

Dia berkata: Aku ingin diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.
Baginda s.a.w. menjawab : Jangan marah kepada orang lain niscaya engkau akan selamat dari kemurkaan Allah dan rasulNya.
Dia berkata: Aku ingin diterima segala permohonanku.
Baginda s.a.w. menjawab : Jauhilah makanan haram niscaya segala permohonanmu akan diterimaNya.

Dia berkata: Aku ingin agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.
Baginda s.a.w. menjawab : Tutupilah keburukan orang lain niscaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.

Dia berkata: Siapa yang selamat dari dosa?
Baginda s.a.w. menjawab : Orang yang senantiasa mengalirkan air mata
penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa
kesakitan.

Dia berkata: Apakah kebaikan terbesar di sisi Allah?
Baginda s.a.w. menjawab : Baik budi pekerti, rendah diri dan sabar menghadapi cobaan Allah.

Dia berkata: Apakah kejahatan terbesar di sisi Allah?
Baginda s.a.w. menjawab: Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

Dia berkata: Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda s.a.w. menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi dan penghubungkan persaudaraan.

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda s.a.w. menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah.

Kata-kata Habib Al-Ajami: " Buangkanlah rasa iri hati dari dalam dadamu terhadap orang lain. Tutupilah matamu dari kesenangan dunia. Sedarilah bahwa penderitaan adalah suatu pemberian yang sangat bernilai dan berharga. Sedarilah bahawa Allah menentukan setiap sesuatu".